Susah Hati Bila Tetamu Nak Serbu Rumah? Nah ! 6 Tip Di Dapur Untuk Tuan Rumah

Bila musim Raya, sebagai tuan rumah semestinya kita sentiasa perlu bersedia dengan kehadiran tetamu, pada bila-bila masa. Jangan jadikan  masalah kesuntukkan masa atau buntu menu apa yang hendak dimasak sebagai halangan. Nah tip dari SAJILIBUR agar aktiviti memasak jadi mudah dan menyeronokkan!

ASINGKAN BAHAN MENTAH

Siang siap-siap ayam, udang, sotong atau ikan dan kalau boleh asingkan mengikut kuantiti yang anda perlukan setiap kali memasak. Misalnya jika mahu memasak mi goreng seafood, siap siap satukan bahan mentah seperti udang dan sotong ke dalam bungkusan ziplock dan simpan di dalam peti ais. Ambil sahaja bila ingin digunakan. Mudahkan..!

KISAR BAHAN MENTAH

Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering dan asing kisaran di dalam bekas ‘transparent’ untuk memudahkan kita melihat apa isinya. Inilah yang renyah dan sering melambatkan proses memasak. Jadi, lebih mudah jika  dikisar siap-siap, dan simpan di dalam peti sejuk.  Nak bahan kisar  supaya tahan lama, tambahkan sesudu garam semasa kisar. Untuk cili kering tambahkan garam, minyak dan sedikit air asam jawa.

 

PEK IKUT KUANTITI

Potong ayam  buangkan lemak dan tuskan airnya. Simpan di dalam bekas dan tandakan mengikut hari. Ia untuk mengelakkan  defrost bahan mentah berulang kali.

REBUS DAGING 

Rebus siap-siap kan senang! Stok rebusan jangan pula dibuang, boleh digunakan nanti. 

BUATKAN PES 

Ini pun nak kena rajin… dari tak buat apa-apa tu, baik kita buat aneka pes. Contohnya pes asam pedas, kari atau pun sambal. Simpan pes di dalam bekas kedap udara di dalam peti ais. Jimat masa memasak, tak sampai 10 minit dah siap satu menu… 

SENARAIKAN MENU MASAKAN 

Ini penting, senarai menu apa yang bersesuaian untuk tamu, mengikut bahan mentah yang telah tersedia di dalam peti ais. Sekurang-kurangnya, anda taklah pening kepala nak memikir apa yang nak dimasak.

Apa pun alasannya, anda perlu bijak menggatur masa dan merancang lebih awal. Agar apa yang dihajati menjadi kenyataan dan tetamu selesa bila berkunjung ke teratak kita.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!