Tak Susah Mana Pun Nak Masak Dendeng Berlado Minang. Ikut 4 Langkah Ini

Jika bahan asasnya cukup dan mengikut resipi yang kaki masak kongsikan ini, pasti dendeng berlado yang korang masak sedap dan menjadi. Cubalah….

Dendeng Berlado Minang

Bahan Rebus Daging 
1 kg daging
5 ulas bawang putih – tumbuk
3 sudu besar kicap manis
3 batang serai
4 helai daun limau purut
5 helai daun salam

Bahan Tumbuk
10 tangkai cili merah
3 batang serai
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

Bahan A
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar minyak masak
10 tangkai cili – kisar kasar
3 ulas bawang merah – kisar kasar
4 tomato ceri – belah dua
100 ml air
Garam

Cara Penyediaan

 1.  Daging dipotong nipis, diketuk dan direbus. Angkat dan dituskan. Perap daging dengan sedikit serbuk ketumbar dan kicap manis. Perap selama satu jam. Selepas itu goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, serai, halia dan cili yang dikisar kasar bersama bawang merah yang dikisar kasar sehingga naik bau.

3. Masukkan sedikit air  dan air asam jawa. Kacau rata.

4. Akhir sekali, masukkan daging dan tomato ceri. Gaul sebati dan perasakan dengan garam  secukup rasa.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!