Tauhu Bunga, Lagi Sedap Dari Tauhu Bergedil

TAUHU BUNGA

BAHAN
3 biji tauhu – goreng
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Bahan Inti
100 gm isi ayam – cincang
2 sudu besar bawang goreng
2 ulas bawang putih
2 sudu besar daun sup & daun bawang
2 sudu besar sos tiram
Garam
Lada sulah
2 sudu besar minyak masak 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Belah tauhu dan keluarkan isinya (Isinya jangan dibuang. Lenyek dan ketepikan).
  2. Terbalikkan kulit tauhu dan goreng semula hingga garing.
  3. Untuk membuat intinya, tumis bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan sos tiram dan isi ayam, kacau hingga masak.
  5. Masukkan isi tauhu yang dilenyek tadi bersama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
  6. Kacau sebati, perasakan dengan garam dan lada sulah. Tutup api. Sudukan inti ke dalam kulit tauhu dan hidangkan.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!