Telur Penyebab Sakit Jantung… Itu Hanya Mitos!

Mengaitkan kolesterol sebagai punca penyakit jantung kerana telur mengandungi kolesterol dan lemak adalah tidak benar sama sekali!

Walhal, selama ini kita sering dimomokkan dengan persoalan, berapa biji telur yang selamat untuk dimakan pada setiap hari atau minggu bagi mengelak dari terkena penyakit jantung? Sedangkan, sama seperti makanan lain, sebiji telur sebenarnya adalah baik bergantung dari mana ia datang.

Apa yang menjadi isu bukanlah persoalan kolesterol yang terkandung dalamnya, tetapi nisbah omega-3: asid lemak omega-6. Telur yang sihat mengandungi nisbah antara 1:1 dan 1:4, manakala telur yang diusahakan secara industri boleh menjadi setinggi 1:16-30.

Inilah sebenarnya yang boleh menimbulkan masalah kerana kandungan asid lemak omega-6 boleh menyebabkan keradangan dalam badan. Keradangan ini yang menjadi penyebab utama penyakit kronik.

Walaupun ada yang mengatakan telur (khususnya kuning telur – yang mengandungi semua nutrien) mempunyai terlalu tinggi kandungan lemak dan kolesterol, telur yang sihat juga terkandung lesitin yang mencukupi.

Lesitin adalah sejenis kompoun yang secara efektif menukar lemak dan kolesterol dalam telur menjadikan ia sumber makanan seimbang dan sihat. Jadi, telur yang sihat adalah amat disyorkan pengambilannya tanpa sebarang masalah.

Mitos kolesterol ini telah mengakibatkan ramai individu menjauhi telur untuk tempoh yang terlalu lama. Sedangkan, isu berkaitan kolesterol yang telah wujud hampir 30 tahun ini adalah berdasarkan bukti yang salah.

Fakta sains yang palsu ini telah melabel kolesterol sebagai ‘jahat’ menyebabkan khalayak menumpukan kepada aspek salah yang membawa kepada tahap kesihatan yang tidak sihat dan penyakit jantung.

Namun begitu, banyak penyelidikan kini membuktikan bahawa pencetus utama penyakit jantung adalah disebabkan keradangan, kerosakan oksidatif, tekanan dan gula.

 

Kepentingan Kolesterol

Kolesterol mempunyai peranan penting dalam badan manusia, seperti;

-Menghasil dan mengekalkan membran sel.

-Membantu hempedu dan pencernaan lemak.

-Penting dalam metabolisme vitamin larut lemak, termasuk vitamin A,D,E dan K.

-Penting untuk kulit yang sihat kerana ia merupakan perintis utama untuk sintesis vitamin D.

-Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak, saraf dan organ seks kerana ia adalah perintis dalam pelbagai hormon steroid (termasuk kortisol dan aldosterone dalam kelenjar adrenal dan hormon seks-progesteron, estrogen, testosteron dan derivatif).

-Diperlukan oleh sistem imun.

-Diperlukan otak, malah kolesterol yang rendah boleh mengakibatkan kehilangan memori.

-Terdapat kajian yang mengatakan ia bertindak sebagai antioksidan.

Ini adalah fakta mengenai kolesterol yang menjadikan telur adalah sangat bermanfaat kepada kanak-kanak dan individu belia dewasa untuk perkembangan badan yang sihat.

Pengarang buku, Foods That Heal, Dr. Bernard Jensen, menggambarkan telur sebagai ‘mengandungi nutrien yang tepat untuk otak, saraf dan kelenjar’.

Berikut adalah beberapa fakta yang diambil dari buku The Great Cholesterol Myth yang ditulis oleh Jonny Bowden (Ph.D., CNS) dan Stephen Sinatra (MD, FACN);

Mitos: Kolesterol tinggi adalah pencetus utama serangan jantung.

Fakta: Kolesterol tinggi adalah pencetus yang teruk untuk serangan jantung.

Mitos: Kolesterol tinggi adalah penyebab penyakit jantung.

Fakta: Kolesetrol tinggi merupakan penyebab yang tidak penting kepada penyakit jantung.

Mitos: Semakin tinggi kandungan kolesterol semakin pendek jangka hayat hidup.

Fakta: Dalam kajian Framingham, individu yang hidup paling lama adalah mereka yang mempunyai kandungan kolesterol paling tinggi.

Mitos: Diet tinggi karbohidrat melindungi diri dari penyakit jantung.

Fakta: Diet yang menggunakan karbohidrat untuk lemak tepu mungkin sebenarnya meningkatkan risiko penyakit jantung.

Jadi, untuk memastikan anda mempunyai yang sihat, jangan terlalu risau tentang jumlah telur yang anda makan.

Sebaliknya, tumpukan kepada aspek yang penting, iaitu mengurangkan tekanan dalam hidup, kurangkan pengambilan gula, bersenam dan mengambil lebih banyak kandungan omega-3 serta kurangkan pengambilan omega-6.

Sumber: hellodoktor.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!