Temui Trak Costa Coffee Oktober Ini Untuk Kopi Percuma!

Sebagai menghargai penggemar Costa Coffee, kopi ternama ini ingin berkongsi #sharetheobsession dengan anda sepanjang Oktober ini. Trak Costa Coffee akan membawakan pengalaman Costa Coffee yang enak kepada anda dengan hidangan klasik seperti kopi latte, kopi ‘flat white’, cappuccino dan pelbagai minuman menarik yang lain. Apa yang menarik, ia adalah percuma!

Sekiranya anda seorang pencinta kopi dan ingin mendapatkan minuman enak ini, ikuti Costa Coffee di
Facebook dan Instagram untuk mendapatkan lokasi di mana anda akan dihidangkan dengan minuman istimewa Costa Coffee di sekitar Lembah Klang.

Sebagai jenama kedai kopi kegemaran di UK, Costa Coffee telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2011, dan menyediakan kopi secara ‘on-the-go’ dengan kualiti terbaik seperti dibuat oleh barista menerusi mesin kopi, Costa Express Marlow di lebih 300 lokasi seluruh negara.

Diasaskan pada 1971 oleh adik-beradik Costa – Sergio dan Bruno Costa, kopi ini sememangnya enak untuk semua. Setiap tahun, Costa Coffee sentiasa berusaha gigih menghasilkan kopi yang
lebih baik dan ia telah membawa kepada penghasilan kopi istimewa iaitu Mocha Italia Blend
selepas adik-beradik Costa menjalankan sejumlah 112 percubaan melibatkan pelbagai adunan
berbeza.

Komitmen mendalam Costa Coffee dalam menyediakan kopi terbaik dapat dilihat menerusi proses
pemilihan biji kopinya, di mana hanya satu peratus pengeluaran biji kopi dunia digunakan. Setiap kelompok biji kopi akan dirasai oleh ‘Master of Coffee’, Gennaro Pelliccia, yang dilatih sendiri oleh adik-beradik Costa. Deria rasanya merupakan aset penting dalam kawalan kualiti, sehinggakan lidahnya
pernah diinsuranskan sebanyak £10 juta.

Biji kopi Costa menerima Pensijilan Rainforest Alliance melalui proses pemanggangan yang
perlahan, selama 18 minit bagi mengekalkan minyak semula jadi yang terdapat di dalam biji kopi.
Hasilnya, ia mewujudkan rasa istimewa iaitu rasa karamel yang amat digemari di seluruh dunia.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!