Tere Sotong Bakar, Sajikan Kelainan Pada Citarasa

Kepada mereka yang sering berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, atau ingin pulang bercuti bolehlah singgah di bandar Ketereh. Kenapa? Sebab ada sajian istimewa menanti anda?

Restoran Tere Sotong Bakar yang terletak di bandar Ketereh menghidangkan menu istimewa yang menjadi kegilaan penduduk setempat iaitu sotong bakar. Apa yang stimewa tentang sotong bakar ini ialah setiap hidangannya disertakan bersama sos istimewa yang diperbuat menggunakan resepi turun temurun warisan keluarga.

Menurut pemiliknya, Wan Mohd Azierul Helmi, bermula dengan menjual di bawah khemah 10 x 10, namun setelah setahun beroperasi dia sudah mampu membuka kedai sendiri. Tarikan istimewa di sini  adalah sosnya yang diambil resipinya dari ibu saudaranya di Cheing Mai, Thailand membuatkan rasa sosnya sungguh berbeza berbanding di tempat-tempat lain.

Bekalan bahan mentah seperti sotong dan ikan diambil terus dari pekan golok Thailand, walaupun harganya lebih mahal tetapi kualiti dan kesegarannya dijamin tip top.

Selain sotong bakar hidangan anda boleh mencuba Ikan Siakap Nampla dan Mia Plapau, talapia bakar garam yang dijamin kesedapannya. Antara hidangan lain yang disediakan termasuk nasi kerabu, daging bakar, som tam, bihun tom yam dan banyak lagi.

 

Alamat: Jalan Melor – Ketereh, 16450 Ketereh, Kelantan.

Waktu operasi: 5.30 pm hingga 1.00am.

(Dibuka setiap hari kecuali Rabu)

Kredit: Foto FB Tere Sotong Bakar

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!