Terjah 10 Tempat Makan Ini Di Perlis… Memang Best!

NEGERI terkecil di utara tanah air ini punya rahsia makanan enaknya yang tersendiri. Mungkin tidak sukar untuk mencari kedai makan atau restoran yang menyajikan aneka makanan menepati selera anda. Jelajahlah negeri Perlis untuk menikmati pelbagai hidangan menarik lagi enak!

Banyak sebenarnya tempat makan ‘best’ yang boleh anda terjah di Perlis. Kami senaraikan beberapa pilihan destinasi yang boleh anda cuba jika bertandang ke sana. Pilihan kami, selera kami. Terpulang pada anda untuk menentukannya.

1. CHORTIEZ & CO

Restoran berasaskan makanan barat ini memang cukup popular di Kangar. Mula dibuka sekitar 2016, setiap hidangan yang disajikan di sini memang cukup sedap. ‘Persembahan’ setanding dengan restoran ternama tetapi dengan harga yang berpatutan.

Antara menu popular di Chortiez & Co ialah New York Steak, 1984 Lamb Chop, Texas Chicken Grill, Aloha Chicken Burger, Cabonara Chortiez, Aglio Olio Seafood, Nasi Lemak Crortiez dan banyak lagi. Lebih menarik, sambil menjamu selesa, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan busking!

Foto: FB Chortiez & Co

  Lokasi   : Taman Sena Indah, Kangar.

  Operasi : 6.00 petang – 1.00 pagi

  Hubungi: 017-4407703

2. BOSSKU HOUSE

Apa khabar bossku?? Ha ni baru betul-betul BOSSKU! Restoran ini mula dibuka pada Julai 2018. Pada sebelah pagi, Bossku House menyediakan menu masakan panas seperti nasi goreng, kuey teow goreng, pek nga, nasi lemak, mi rebus, wantan sup, mi too yu dan english breakfast.

Pada waktu tengah hari, terdapat pelbagai menu masakan kampung yang superb enak. Jika anda sukakan cita rasa barat, datanglah pada sebelah malam untuk merasai menu seperti Lamb Grill, Bossku Oriantal Chicken Chop, Salmon Grilled, Chicken Cordon Blue’ dan banyak lagi.

Foto: FB Bossku House

Lokasi    : Persiaran Jubli Emas, Kangar.

Operasi  : 8.00 pagi – 12.00 malam

Hubungi: 017-4844950

3. ANJUNG KELI

Sesuai dengan namanya, menu utama di sini tentulah ikan keli. Anda boleh lihat pelbagai menu menarik berasaskan ikan keli antaranya ikan keli masak sambal, ikan keli goreng rangup, ikan keli bakar, ikan keli masak lemak dan banyak lagi.

Namun bagi yang kurang menggemari ikan keli, banyak lagi menu menarik yang boleh anda cuba di sini. Boleh rambang mata jadinya dengan pilihan yang ada. Lebih istimewa, di Anjung Keli anda boleh melihat pelbagai ulaman dan sambal yang pastinya akan menambahkan selera makan anda.

Lokasi     : Kampung Guar Syed Alwi, Kangar.

Operasi   : 10.00 pagi – 4.30 petang

Hubungi : 019-4433384

4. MY OLE OLE

Keunikan bagi My Ole Ole, di sini anda boleh menginap atau merasai penginapan ala kampung di My Kampung. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan terutamanya menu Nasi Daging Bakaq Meletop yang menggunakan daging tempatan.

Selain itu anda boleh mencuba menu seperti dimsum, pau, roti Arab, roti bakar, telur ayam kampung serta dessert, ais kacang meletop dan float. Bagi yang inginkan produk IKS tempatan seperti pekasam, acar buah, belacan, acar rebung, anda juga boleh dapatkannya di sini.

Foto: FB My Ole Ole

Lokasi    : MY Kampung, KM 11, Jalan Kaki Bukit, Beseri

Operasi  : 9.00 pagi – 5.00 petang

Hubungi: 012-5644644

5. API-API IKAN BAKAR

Berkunjung ke Perlis jika tidak mencuba hidangan ikan bakar, ketam masak sambal dan sotong goreng tepung memang tidak lengkap kiranya. Nikmati hidangan cita rasa utara ini di Api-api Ikan Bakar, Kuala Perlis.

Kemanisan ikan bakar yang disalut bersama sos perapan dan ditambah pula dengan kerangupan sotong goreng tepung, pasti menambahkan lagi keterujaan anda untuk datang kembali. Harganya berbaloi dengan keenakan rasanya.

Foto: FB Api-Api Ikan Bakar

Lokasi     : MPK Kiosk Bukit Toh Poh, Kampung Bukit Toh Poh, Kuala Perlis

Operasi   : 5.30 petang hingga 11.00 malam

Hubungi : 012-4801173

6. NASI GANJA REPOH

Sudah beberapa kali ia menjadi tular dek kerana keenakan rasa ayam goreng berempah, selain aroma nasi yang punya kelainan tersendiri. Sudah nama pun Nasi Ganja, sudah pasti apabila mencubanya akan rasa ‘ketagih’. Tapi ia bukan bermakna nasi ini ada bahan terlarang ya!

Semuanya adalah kerana rasa nasi ini apabila disatukan dengan kuah kari dan dimakan pula bersama ayam goreng berempah, membuatkan perut yang berkeroncong tidak mampu menahannya lagi. Meski hanya dijual di gerai tepi jalan, tetapi anda jangan terkejut jika terpaksa beratur panjang terutamanya ketika bulan Ramadan. Ketika ini anda boleh mencuba murtabaknya yang cukup sedap!

Foto: FB Nasi Ganja Repoh

Lokasi    : 703A, Persiaran Jubli Emas, Kampung Tanjong Gorah, Kangar

 Operasi : Isnin hinga Jumaat, 9.00 pagi hingga 3.30 petang

7. TFF CAFE

Jika anda peminat kek dan dessert, TFF Café adalah destinasi tepat yang anda boleh kunjungi. Setanding dengan jenama popular, variasi kek yang ada dijual di sini sememangnya cukup enak dan bercita rasa tinggi. Meski rambang mata untuk memilih, usah risau kerana makanan di sini sememangnya terbaik.

Selain itu, anda juga boleh mencuba pelbagai lagi menu istimewa yang turut dijual di kafe ini. Sambil menjamu selera dengan pilihan kek dan dessert, nikmati juga variasi minuman panas dan sejuk yang dijamin menyelerakan.

Foto: FB TFF Cafe

Lokasi   : Lot 23, Blok Perniagaan Dato Ali, Jalan Taman Ira Jaya, Kangar

Operasi : 11.00 pagi hingga 10.00 malam

8. ANA BURGER D’CAFE

Menara burger yang membuatkan anda terfikir, mampu ke nak habiskan semuanya ni?? Jika inginkan kelainan dan mencabar diri, inilah tempatnya. Keenakan burger di sini memang original dan berjus.

Daging burger berkeju, ayam goreng rangup, telur goreng, salad, lelehan mayonis dan sos, selain kentang goreng di sekelilingnya, menjadikan burger terlaris ini cukup luar biasa. Kalau anda boleh habiskan, maka anda juga memang luar biasa! Selain burger, anda juga boleh mencuba pelbagai menu western dan pemanis mulut yang bikin anda terliur.

Foto: FB Ana Burger D’Cafe

       Lokasi    : Jalan Tebing Tinggi, Kampung Jarak, Kangar

       Operasi  : 5.00 petang hingga 12.00 malam

       Hubungi : 010-9642083

9. WARUNG TEPI SAWAH

Mahu rasa suasana yang berbeza untuk menikmati sarapan pagi? Apa kata pergi ke Warung Tepi Sawah. Persekitaran yang dikelilingi sawah pasti akan memberikan momen istimewa kala anda menjamah pulut bersama ikan kering, pulut mangga, lempeng bersama kari ikan, nasi lemak dan aneka juadah istimewa negeri Perlis. Fuhhh..terliur..!!

Foto: FB Warung Tepi Sawah

Lokasi     : Jalan Wang Ulu, Bintong, Perlis.

Operasi   : Setiap hari kecuali Isnin

Hubungi : 011-10837769

10. NOSTALGIA HONEY DAGING BAKAQ

Jika anda peminat daging bakar, singgah menjamu selera di restoran Nostalgia Honey Daging Bakaq. Dagingnya yang lembut dan cukup rasa, cukup menyelerakan ketika di makan bersama nasi panas dan sambal. Pasti tidak menyesal!

Foto: FB Nostalgia Honey Daging Bakaq

             Lokasi     : No 999, Hadapan Tangki Air, Kuala Perlis.

             Operasi   : 10.00 pagi hingga 7.00 petang

             Hubungi : 017-5021902

Kredit main foto: malaysia.travel

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!