Terokai Dubai Dengan Percutian Mewah Bersama Emaar Hospitality Group

Dubai merupakan antara lokasi percutian mewah yang menjadi impian ramai untuk diteroka. Kemegahan Burj Khalifa misalnya, selain infrastrukturnya yang hebat, Dubai sememangnya negara yang menjanjikan percutian gaya mewah yang sukar dilupakan.

Bagi yang menyimpan impian untuk bercuti di Dubai, anda boleh memilih hotel dan resort dibawah kelolaan Emaar Hospitality Group. Perniagaan hospitaliti dan liburan ini mengumumkan pakej-pakej perhentian bermalam di Dubai dengan nilai luar biasa di Address Hotels + Resorts, Vida Hotels and Resorts dan Rove Hotels.

Address Hotels + Resorts
Address Hotels + Resorts

Para pengunjung yang singgah selama 12 jam di Dubai akan menerima pakej termasuk dua tiket percuma ke Dubai Aquarium & Underwater Zoo dan At The Top, Burj Khalifa, berserta pengangkutan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan kadar penginapan harga istimewa di hotel-hotel yang mengambil bahagian.

Pengunjung juga boleh menginap selama 24 jam di Dubai di salah sebuah bilik mewah sebagai tambahan untuk menikmati sarapan percuma dan mengakses destinasi-destinasi yang mengujakan.

Vida Hotels & Resorts
Vida Hotels & Resorts

Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, Olivier Harnisch, berkata: “Sama ada anda terbang ke Dubai atau hanya singgah sebentar, manfaatkanlah pakej-pakej perhentian bermalam kami. Alami tempat-tempat tarikan hiburan dan libur terkenal menerusi pakej-pakej perhentian bermalam Dubai dengan penginapan 12 jam, 24 jam, 48 jam dan 72 jam.”

Anda boleh menempah pengalaman persinggahan 48 jam untuk penginapan selama dua malam di Dubai. Masuklah dengan mudah melalui lapangan terbang ke hotel yang ditempah selama dua malam di bilik deluxe termasuk sarapan. Terokai hidupan laut dengan dua tiket ke Dubai Aquarium & Underwater Zoo.

Berhubunglah dengan sisi ‘liar’ anda dengan pengalaman deria yang luar biasa dan dua tiket ke Taman Tema VR. Melangkah keluarlah ke dek pemerhatian yang tertinggi di dunia di mercu tanda ikonik dengan dua tiket di At The Top, Burj Khalifa.

Luangkanlah beberapa hari menerokai Dubai sebelum menyambung perjalanan seterusnya dan singgahlah selama 72 jam untuk penginapan selama tiga malam yang eksklusif di bilik deluxe dengan sarapan.

Nikmatilah akses percuma ke pantai persendirian dan pelbagai pilihan menarik ke tempat-tempat tarikan berhampiran yang harus dikunjungi seperti Dubai Aquarium & Underwater Zoo, At The Top, Burj Khalifa dan Teman Tema VR untuk dua orang.

Rove Hotels
Rove Hotels

Pakej-pakej perhentian bermalam ini sah mulai 1 April hingga 25 Disember 2019. Tempahan boleh dibuat melalui addresshotels.com, vidahotels.com atau rovehotels.com.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!