Tesco Bantu Usahawan Baru Menerusi ‘Hero Bangkit’

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pendamik Covid 19 menjadikan banyak perniagaan daripada pelbagai industri terjejas dan perlu mengubah cara operasi mengikut kebiasaan baharu. Memahami situasi yang dihadapi kebanyakan usahawan, Tesco tampil menerusi inisiatif ‘Hero Bangkit’ bertujuan membantu perniagaan yang terjejas termasuklah usahawan yang baharu dan ingin memulakan perniagaan.

Kempen ini bertujuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung dan mengangkat semangat para usahawan Malaysia bagi memastikan kelangsungan perniagaan ketika pandemik COVID-19 melanda terus bertahan.

Oleh itu, usahawan yang berminat, tidak kira yang sudah beroperasi ataupun baru mahu bermula perniagaan, bakal diadili  kisah perniagaan mereka di www.herobangkit.com.my. Yang berakhir pada 30 Ogos 2020.

Menerusi peraduan tersebut, usahawan terpilih berpeluang memenangi baucar Tesco bernilai RM5,000 serta pengiklanan percuma yang akan disiarkan di radio ERA, MY, program bual bicara hLive di Astro RIA.

Peraduan berlangsung pada tarikh berikut:

  • Penghantaran: 6 Ogos – 30 Ogos 2020 sebelum 11.59 tengah malam.
  • Pengundian: 31 Ogos – 4 September 2020 sebelum 11.59 tengah malam.

Pengumuman: 7 September hingga 13 September 2020.