Tiga Sajian Sihat Ekspress

SAYUR BENING

BAHAN
1 tongkol jagung
1 batang petola ular
1 paket suhun
2 biji tomato
1 cawan daun selasih
Gula dan garam
Air

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar

CARA
Satukan bahan kisar dan air. Kemudian masukkan jagung. Renehkan sehingga jagung empuk. Masukkan gula dan garam. Akhir sekali masukkan sayuran dan suhun.

SUP SINGGANG AYAM

BAHAN
1 ekor ayam
2 batang lobak merah
10 biji belimbing buluh – belah dua
1 helai daun kunyit
5 hiris lengkuas
4 hiris halia
2 labu bawang besar – hiris
7 ulas bawang putih – hiris
11 tangkai cili padi – ketuk
Gula dan garam
1 cawan air asam jawa
Air

CARA
Satukan semua bahan dalam periuk dan reneh sehingga ayam masak.

SUP ASAM BOI IKAN SIAKAP

BAHAN
1 ekor ikan siakap
7 biji asam boi merah atau putih
1 labu bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
½ cawan hiris halia
7 tangkai cili padi – belah dua
Gula dan garam
Air

CARA
Satukan semua bahan kecuali ikan siakap dalam kuali. Biarkan mendidih.  Akhir sekali masukkan ikan siakap dan biarkan ia masak. Rasakan gula dan garamnya.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!