Tip Percutian Bajet Bersama Keluarga

Setiap kali tiba musim cuti sekolah, pening juga ibu bapa memikirkan  bajet yang perlu dikeluarkan. Selain perlu memikirkan kos hotel, makan minum dan juga tempat yang bakal dilawati nanti. Jadi bagaimana nak merancang percutian bajet? Sajilibur kongsikan tip percutian bajet  yang boleh dipraktikkan.

Bawa Makanan Siap Pack

Rancang menu yang boleh dijadikan bekal dalam perjalanan. Ajak anak-anak bersama dalam menyediakan menu yang mudah seperti sandwich, roti telur dan lain-lain.  Selain boleh dijadikan kudapan semasa dalam kenderaan. Jadi, setiap kali anda berhenti di mana-mana perhentian  rehat,  keluarkan makanan yang dibawa dan makan beramai-ramai. Macam potluck, keseronokan makan bersama-sama.

Pilih tempat percutian

Berbincang bersama keluarga tempat dan lokasi percutian yang bersesuaian dan mengikut kemampuan. Setelah memilih tempat percutian, teliti tempat-tempat yang menarik yang berdekatan. Digalakkan mencari kawasan berdekatan dengan tempat percutian untuk menjimatkan kos belanja.

 

Jimat Tinggal di Homestay

Jika anda bersama keluarga yang ramai, pilihan yang terbaik adalah homestay. Bukan sahaja besar dan selesa, terasa seperti tinggal di rumah sendiri. Harga sewa homestay  juga lebih murah berbanding hotel. Malah ada homestay yang menyediakan kolam mandi privasi.

 

Hotel dan kad keahlian

Ada hotel  memberi points pada ahlinya. Hanya dengan menebus points sedia ada kepada baucar hotel dan sebagainya, anda boleh gunakannya sewaktu rancang percutian bajet. Jimat bukan. Pilih secara bijak hotel, kebiasaanya hotel ternama  lazimnya lebih mahal daripada hotel baru. Jadi, buatlah sedikit research dengan google hotel yang anda minati.

Aktiviti Percuma dan Menarik

 

Cari aktiviti yang boleh dilakukan secara percuma atau kos yang lebih rendah seperti melawat muzium, mandi air terjun atau beli secara pakej kerana kos harga pakej lebih murah berbanding kos yang dibeli berasingan. Paling seronok jika ibubapa  terlibat bersama dalam membuat aktiviti sendiri  berbasikal, lumba renang, atau memasak bersama seisi keluarga.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!