Tips Ambil Gambar Cantik Guna Smartphone

Untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik, perlu menggunakan kamera yang berteknologi tinggi. Namun, perkembangan pesat dunia telefon pintar menyebabkan kamera DSLR bukan lagi menjadi peralatan utama untuk mengambil gambar. Buktinya, banyak gambar-gambar yang cantik dan menarik yang dimuat naik dalam facebook dan instagram diambil menggunakan smartphone, lebih-lebih lagi sewaktu pergi melancong.

Salah satu sebab smartphone kini menjadi pilihan adalah kerana ia lebih mudah untuk dibawa dan mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas snap terus saja upload ke facebook, twitter, instagram atau share ke whatsapp. Lebih mudah bukan!

Jadi, kali ini admin ingin berkongsi tips mengambil gambar menarik dengan menggunakan smartphone!

1.Bersihkan Lens

Kredit: Foto Technical Jahid

Membersihkan lens adalah penting sebenarnya, namun sering diabaikan. Perlu ingat, smartphone tidak mempunyai penutup lens seperti mana kamera biasa atau DSLR, jadi ia terdedah kepada habuk dan debu-debu halus. Oleh itu, sebelum mengambil gambar, ringan-ringankanlah tangan untuk mengelap lens dengan menggunakan kain bersih untuk mengelak gambar yang anda ambil menjadi blur.

2.Jangan Zoom

Jika kamera smartphone anda jenis ada satu kamera sahaja, jangan sesekali zoom sewaktu mengambil gambar. Gambar yang anda ambil akan kelihatan hambar, melainkan sekiranya smartphone anda ada banyak kamera. Tapi, kalau anda mahu besarkan subjek gambar yang anda ambil, crop sahaja guna photoshop atau mana-mana image editing applications.

3.No Flash!

Penggunaan flash pada smarthone belum tentu membuatkan gambar yang anda ambil akan kelihatan cantik. Malah, sebenarnya lebih banyak mencacatkan gambar seperti warna mata menjadi merah dan muka kelihatan berminyak, melainkan anda tahu bagaimana untuk ‘diffuse’ atau ‘bounce’ cahaya daripada flash. Seelok-eloknya anda cuba gunakan night mode. Tapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur. Sumber cahaya juga banyak boleh didapati di sekeliling anda, seperti lampu, cahaya matahari, lampu suluh, lilin dan sebagainya. Jika memang tidak ada pilihan barulah gunakan flash.

4.Gegaran

Smartphone bukannya kamera atau DSLR. Smartphone biasanya tidak ada stabilizer kecuali model flagship. Jadi, gambar mudah menjadi blur disebabkan gegaran terutamanya mengambil gambar pada waktu malam. Ini disebabkan kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan bagi membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tidak gelap. Jadi, pastikan tangan anda tidak bergegar sewaktu merakam gambar.

5.Setting

Kredit: Foto Legit Reviews

Ramai di antara kita yang tidak buat setting kamera smartphone mereka. Alasannya, sebab malas atau tidak tahu nak setting. Kalau bab setting ni admin nasihatkan kena belajar perlahan-lahan. Cuba mahirkan dulu dengan setting kamera pada smartphone. Sesetengah model membolehkan anda mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.

6.Aplikasi

kredit: foto higher-ed.us

Ada banyak apps sebenarnya yang boleh digunakan untuk menggantikan default apss pada smartphone. Tetapi janganlah pula anda install kesemuanya. Pilihlah mana yang sesuai dengan gaya fotografi anda sahaja.

Contoh apps yang boleh anda gunakan ialah seperti, split pic, multi lense, big lens, manga camera, fast camera & fish eye.

7.Aksesori tambahan

kredit: foto Odditymail

Aksesori tambahan boleh digunakan untuk mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Terdapat banyak aksesori dijual di pasaran , misalnya, anda boleh menggunakan lens tambahan untuk mendapatkan focal lenght yang berbeza.

8.Pemilihan komposisi

kredit: foto Hipwee

Secanggih mana sekalipun telefon pintar anda, komposisi masih lagi penting untuk mengambil gambar. Anda boleh melihat contoh-contoh di internet dan meniru komposisi yang digunakan. Cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan mengambil inspirasi.

9.Jangan over edit

kredit: foto Oh bulan

Sangat mudah untuk edit gambar di smartphone, lepas snap boleh terus apply efek atau filter yang ada. Misalnya, kebanyakan apps seperti instagram membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu langkah. Bagi anda yang mahir, apps seperti snapseed dan adobe touch sudah semestinya menjadi pilihan.

Namun, satu sahaja admin nak pesan, bila buat editing di smartphone tu janganlah pula over. Biar gambar nampak natural dan subtle, takut ramai pula yang akan mengata.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!