Travel Solo? Nah tips terbaik untuk anda

Teringin nak travel solo? Pengalaman mengembara solo memang menyeronokkan. Inilah masanya untuk menguji diri sendiri tetapi soal keselamatan jangan ambil ringan. Tidak kira apa gender sekalipun, persiapan dan kebarangkalian untuk menghadapi situasi tetap perlu kita pertimbangkan.  

Tip Travel Solo

1 Rancang perjalanan lebih awal, tetapi rangka beberapa perancangan terlebih dahulu. Tidak semestinya perlu membuat pelan yang terperinci, memadai sekurang-kurangnya anda tahu di mana anda akan tinggal dan kemudahan kawasan persekitaran. 

2 Pack barang yang perlu sahaja.  Kemas barang dan bawa yang penting dan bersesuaian dengan lokasi percutian anda. Satu beg sahaja sudah memadai, jangan lupa google teknik lipatan dan mengemas beg, banyak ruang  lebih boleh shopping lebih.  

Foto: travel.flatworldonline.com

3 Back up dokumen penting. Scan dokumen atau maklumat penting seperti passport, kad pengenalan, info tiket penerbangan, hotel booking, itinerary dan sebagainya. Save soft copy dalam handphone atau laptop (jika anda bawa). Kepilkan soft copy ini dalam email dan emailkan ke diri sendiri  (langkah berjaga-jaga andai handphone atau laptop hilang, anda boleh akses dokumen-dokumen ini dari email di mana-mana sahaja).

4 Pastikan handphone sentiasa ada bateri,  internet (data)  dan semestinya ada kredit. Jangan lupa bawa powerbank. Jika kehabisan bateri, berhenti sekejap di kawasan tumpuan dan bergerak semula jika handphone sudah ada bateri tambahan.

5 Jika sesat, jangan mudah bertanya pada orang yang tidak dikenali di jalanan. Kita tidak tahu bagaimana scammer ataupun modus operandi mereka yang berniat jahat. Lebih selamat jika bertanya  kepada pekerja di kedai, cafe ataupun di supermarket, anda akan mendapat info yang lebih tepat dan selamat. Sediakan map, buku nota kecil dan pen semasa travel.

6 Install XE Currency Converter dalam handphone anda. Tetapi jangan lupa untuk tulis currency dalam kertas supaya anda boleh rujuk nanti tanpa perlu terlalu bergantung harap pada handphone. Ini pun menjimatkan ‘nyawa’ bateri anda.

7 Pelajari perkataan asas di negara yang dikunjungi. Jika berkunjung ke negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris, kuasai sedikit ayat-ayat mudah untuk berkomunikasi dengan masyarkat lokal di situ.  Ayat yang senang dan mudah untuk memulakan komunikasi seperti, terima kasih, sama-sama,  di manakah tandas dan sebagainya. 

8 Jangan bawa handbag yang besar, tetapi pilih beg jenis crossbody. Sentiasa letakkan bag di hadapan. Jika boleh asingkan duit di beberapa tempat yang berbeza seperti di dalam money belt / neck pouch yang boleh disorokkan dalam baju, dalam kasut dan di mana yang anda rasakan selamat.

9 Smartphone antara objek popular untuk dicuri dan diragut. Jadi, nak berselfie pun jangan teruja sangat sampai senang menjadi mangsa. Jangan sekali-kali cuai dengan aspek keselamatan anda! Peka dengan persekitaran anda.

10 Pasport pun sorokkan sekali dalam money belt / neck pouch. Pasport Malaysia antara yang digemari kerana ‘kuasanya’ boleh masuk ke 163 negara tanpa visa. Kat luar negara, pasport benda wajib dibawa kemana-mana.  Jangan sorok atau simpan dalam luggage di hotel pula.

kredit foto: https://www.imoney.my

11 Nak cari tempat makan yang best?  Bolehlah bertanya dengan masyarakat lokal, mereka lebih tahu dekat mana tempat makan yang sedap. Kepada yang beragama Islam, semak dulu makanan tersebut halal atau tidak! Bagi yang beragama Islam, install aplikasi Zabihah, sangat membantu dan  memudahkan anda mencari cafe halal di sekitar lokasi travel anda.

12 Jangan tawar harga jika tak nak beli. Sia-sia dapat free makian. Jika anda ada niat nak beli, baru tawar harga dan tanya pilihan warna ataupun corak yang lain. 

Jadi, hati-hati walau ke manapun destinasi anda. Semoga perjalanan kita selamat dan menggembirakan.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!