Tudiaaaa… Nasi Kandar Melayu Apollo Ada Di Maeps!

Nak habaq mai kat semua!! Kalau hampa peminat nasi kandaq, jom pakat pi Maeps, Serdang, Selangor lekaih. Apa ada kat sana? Ha ni cheq nak habaq.. Inilah nasi kandaq yang memang rasanya cukup superb dan terangkat habis. Tak lain tak bukan, Nasi Kandar Melayu Apollo!

Hendak ke sini tak susah pun. Waze saja ke Nasi Kandar Melayu Apollo Seri Kembangan. Beroperasi setiap hari bermula pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Anda boleh mencuba pelbagai menu nasi kandar yang terjamin enak dan original.

Menu istimewanya ialah Set Full – RM 10.00 (ayam, bendi, cili hijau, sayur kobis, telur rebus, ikan masin), Set Tuna – RM15.00 (kari tuna, bendi, ikan masin, sayur kobis) dan Set Kambing – RM15.00 (kambing masala, sayur kobis).

Ada juga Set Biasa – RM7.00 (ayam, sayur kobis, sambal), Set Daging – RM13.00 (daging masak hitam, sayur kobis), Set Ayam Masak Merah – RM8.00 (ayam masak merah, sayur kobis) dan Kari Mata Tuna – RM30.00 ke atas.

Nasi kandar disajikan dalam bungkusan. Sambil-sambil tu, jangan lupa ‘order’ Coconut Shake.
Set Full.
Set Ayam Masak Merah.
Set Kambing.

Istimewanya, nasi kandar ini akan disajikan di dalam bungkusan, di mana nasi, lauk, sayur dan kuah akan disatukan. Apabila bungkusan dibuka, adunan kuah yang sudah meresap ke nasi itu akan membangkitkan lagi rasa dan aroma nasi kandar yang membuatkan kita bagaikan tidak sabar untuk menjamahnya!

Untuk ‘membasah’ tekak pula, anda boleh mencuba Teh Ais Puding, Thai Green Tea, Coconut Shake, Fresh Coconut, Coco Milo, Vietnam Coffee dan banyak lagi. Selain itu, jangan lepaskan peluang merasai Jus Nanas dan Jus Durian Belanda yang rasanya begitu segar serta manis. Begitu juga dengan keunikan rasa Aiskrim Pinaco!

Ruang menjamu selera yang luas dan selesa.
Kesegaran dan kemanisan jus nanas dan jus durian belanda yang tiada tandingan.

Tak cuba tak tahu.. Jadi ajaklah keluarga dan rakan-rakan anda ke Maeps Serdang untuk mencuba sendiri Nasi Kandar Melayu Apollo ini.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!