Tukar Nama Ke Mekdi, Tanda ‘Cinta’ McD Hargai Hari Merdeka

Sudah tular jenama restoran makanan segera popular ini menukar namanya kepada Mekdi sempena meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-62. Inisiatif Mcdonald’s Malaysia atau lebih sinonim dengan nama McD ini mendapat pujian ramai warga net yang rata-ratanya mengagumi usaha McD dalam menghargai Hari Merdeka.

Memetik laporan New Straits Times (NST), selama 37 tahun jenama itu bertapak di Malaysia, mereka sentiasa menerima sokongan daripada rakyat Malaysia yang bagaikan tidak pernah putus. Maka sebagai tanda penghargaan, McD berhasrat menukar nama jenama itu kepada nama panggilan kegemaran rakyat Malaysia.

Kredit foto: astroawani.com

Walau bagaimanapun, jenama Mekdi ini hanya digunakan di cawangan Mcdonald’s di Bukit Bintang sahaja yang merupakan lokasi pertama jenama ini bertapak di Malaysia.

Lebih menarik, bagi meraikan bulan kemerdekaan, Mekdi turut memperkenalkan menu Nasi Lemak yang merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia.

Sedap ke?? Sajilibur sendiri sudah mencubanya, rasanya memang tidak mengecewakan. Cuma, bagi peminat sambal nasi lemak, kuantitinya mungkin agak sedikit. Harap pihak McD menambah sedikit kuantiti sambal untuk rasa yang lebih terangkat!

Apa pun, tahniah untuk pihak Mcdonald’s Malaysia atas usaha anda dalam menyuntik elemen lokal dalam jenama anda!!

Kredit main foto: nst.com.my

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!