Variasi Menu Daging Menyelerakan. Mesti Cuba..!

GULAI KAWAH

BAHAN
500 gm daging
3 ketul gula Melaka
3 sudu besar rempah kawah
100 ml minyak masak
500 ml santan
Sedikit garam

BAHAN KISAR
100 gm bawang merah
50 gm bawang putih
20 gm halia
20 gm lengkuas

CARA

  1. Rebus daging hingga lembut. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kawah dan gaul sebati hingga masak.
  4. Masukkan daging dan santan serta garam secukupnya. Gaul hingga masak.

DAGING SALAI BELIMBING BULUH

BAHAN
500 gm daging – rebus & salai
20 gm belimbing buluh
2 batang serai – ketuk
100 ml santan
5 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
Sedikit garam

BAHAN KISAR
20 gm cili padi
30 gm bawang merah
10 gm bawang putih
20 gm kunyit hidup

CARA

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan serai.
  2. Diikuti dengan daging salai dan santan.
  3. Biarkan mendidih baru masukkan daun kunyit dan asam gelugur.
  4. Akhir sekali, rasakan garamnya dan masukkan belimbing buluh. Sedia untuk dihidangkan.

DAGING PALEMBANG

BAHAN
1 kg daging – potong lebar dan nipis
5 batang serai – titik
50 ml santan pekat
5 helai daun limau purut – hiris
1 helai daun kunyit – hiris
1 sudu besar kerisik
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula

BAHAN KISAR
3 cm lengkuas
1 labu bawang besar
50 gm cili kering

BAHAN TUMIS
10 gm jintan manis
10 gm jintan putih
10 gm serbuk ketumbar
10 gm serbuk kari

CARA

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis, bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali, masak menggunakan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan daun limau purut, daun kunyit, santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga daging empuk.
  4. Setelah daging masak, bolehlah ditutupkan api. Angkat dan hidangkan, jika suka hiaskan dengan daun pudina.

RENDANG TOK

BAHAN
1 kg daging – potong dadu
30 gm rempah empat sekawan

BAHAN A
6 batang serai – kisar
4 labu bawang besar – kisar
7 ulas bawang putih – kisar
4 cm halia – kisar
5 cm lengkuas – kisar
8 biji buah keras – kisar

BAHAN B
1 kg santan
300 gm cili kisar
250 gm rempah kari
1 cawan kicap manis
1 ketul gula Melaka
250 gm kerisik
2 helai daun kunyit
6 keping daun limau
Garam

CARA

  1. Panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan B (kecuali santan) dan masak sehingga garing.
  2. Selepas itu, masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
  3. Kemudian, barulah masukkan santan dan masak sehingga kering.

 

GULAI DAGING KAMPUNG

BAHAN
1 kg daging – potong setebal 4 cm
500 gm rebung – hiris dan rebus
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar minyak sapi
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
4 tangkai daun kari
Sedikit gula Melaka
Minyak masak menumis
Garam

BAHAN KISAR HALUS
1 bawang besar
6 ulas bawang putih
4 cm halia

BAHAN REMPAH TUMIS
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
½ sudu kecil lada hitam

BAHAN PES REMPAH
1 bungkus rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih

CARA

  1. Daging dibersihkan, kemudian direbus sehingga lembut.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Bancuh bahan pes rempah dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.
  5. Selepas itu, masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula Melaka dan garam secukup rasa.

HATI LEMBU MASAK KICAP BEREMPAH

BAHAN
500 gm hati lembu – potong nipis
1 labu bawang besar – hiris

1 tangkai cili merah – hiris
3 tangkai kacang panjang – potong 4 cm
Sedikit kicap
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula
Sedikit minyak masak
Garam

BAHAN REMPAH  (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
3 sudu besar cili giling
1 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk jintan putih
½  sudu besar serbuk jintan manis

BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

CARA

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan bahan rempah yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan hati, kicap dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kuahnya agak pekat.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang, cili merah dan kacang panjang. Gaul sebati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!