WATERFALL TENT COLEMAN beri keselesaan maksimum

JIKA dahulu, ramai ibu bapa lebih senang memilih hotel sebagai destinasi terbaik bagi meluangkan masa bersama anak-anak. Kini ia mulai berubah apabila ada yang mula menjadikan aktiviti perkhemahan sebagai pilihan utama. Tiada lagi istilah tidak selesa dan remeh kerana sudah banyak gaya perkhemahan yang boleh dijadikan pilihan.

Antaranya dengan menjadikan percutian ‘Glamping’ yang menjanjikan lebih keselesaan dan penuh glamour. Memahami kehendak semasa, pengeluar produk perkhemahan terkenal, Coleman Malaysia, telah memperkenalkan Waterfall Tent dua bilik yang boleh memuatkan seramai lima orang. Ia hanya mengambil masa 10 minit untuk dipasang!

Kelebihan:

Ruang kabin yang luas, tinggi dan selesa : 535cm (L) x 245cm (W) x 205 cm (H)
Flysheet dengan penarafan hidrostatik PU Coating 2000mm untuk memastikan ruangan sentiasa kering.
Lembaran penjurunya direka bagi memastikan pengairan keluar dengan baik.
  • Pembahagi ruangan yang sempurna iaitu ruang tidur, ruang penyimpanan dan ruang sosial
  • Mempunyai awning yang boleh dijadikan sebagai ruang sosial tambahan dan terlindung daripada sinar matahari
  • Mempunyai dua pintu untuk akses yang mudah selain baik untuk aliran udara
  • Berat : 15.8kg
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!