Wow..! Di Teluk Bahang Ada Pantai Kucing

Jika anda peminat kucing, ini ada berita baik. Terdapat sebuah pantai yang dihuni oleh ratusan ekor kucing dahagakan perhatian anda. Yang syoknya, pantai tersebut terletak di Utara Semenanjung Malaysia. Cat Beach atau Pantai Kucing, terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Ia merupakan tempat perlindungan kucing di pantai. Diasaskan oleh Teviot Fairservis, seorang wanita warga Amerika Syarikat bersama sahabatnya Nana Wan Chik atau lebih dikenali “Papa Kucing”.

Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk melindungi kucing-kucing yang terbiar. Sehingga kini terdapat hampir 250 ekor kucing mendiami pantai ini. Bagi mereka yang sukakan kucing, pastinya tidak mahu melepaskan peluang bermain-main dengan haiwan comel ini sambil bersantai di tepi pantai menikmati permandangan yang indah dan menyenangkan.

Alamat: 778, Jalan Teluk Bahang MK2, 11050, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Buka: 11.00 pagi – 4.00 petang
No. tel: 017-5753419

Foto : Facebook Cat Lovers International, Penang and Kedah.