Yakiniku, Lembutnya Seperti Cair di Mulut

Kepada peminat makanan Jepun, Yakiniku adalah restoran yang wajib anda kunjungi. Kenapa? Sebab ia menyediakan hidangan daging BBQ yang enak dan sangat lembut. Paling penting halal.

Yakiniku diambil dari perkataan Jepun bermaksud ‘daging bakar’, atau juga disebut sebagai “Japanese BBQ”.

Keistimewaan Yakiniku berbanding dengan BBQ lain terletak pada perapan serta kualiti daging hidangannya. Sememangnya daging wagyu Jepun terkenal sebagai daging yang terbaik dan terenak di dunia.

Daging wagyu yang disediakan bermutu tinggi

Restoran Wagyu kokoro Halal Yakiniku menyediakan daging wagyu berkualiti premium gred A4 hingga A5, sedangkan gred daging wagyu adalah bergred di antara A1 – A12 (bergantung kepada tekstur daging serta kandungan lemak dalam dagingnya). Daging wagyu bertaraf gred A4 hingga A5 ini sudah mencukupi untuk memberikan rasa serta pengalaman yang cukup luar biasa. Dimasak pula secara “medium rare” membuatkan dagingnya seperti cair di mulut, seolah-olah macam mentega cair sebaik menyentuh lidah.

Wagyu Kokoro Spicy Ramen antara hidangan lain yang disediakan.

Jadi, tidak perlulah sampai pergi ke Jepun untuk merasai keenakan daging ini, cukup sekadar singgah di restoran Wagyu Kokoro Halal Yakiniku. Menikmati hidangan di sini seolah-olah anda sedang berada di negara matahari terbit. Sedapnya tidak terkata.

Ruangnya luas dan selesa

Restoran dua tingkat ini berkonsepkan mesra keluarga. Ia boleh memuatkan seramai 100 orang pengunjung dalam satu masa. Sangat sesuai untuk makan malam bersama keluarga dan teman-teman. Juga sangat sesuai untuk pasangan yang ingin merasai makan malam dalam suasana yang cukup romantik.

Menu ala carte bermula dari RM70/100 gram. Set hidangan pula merangkumi set single (RM120), set Couple (RM220), set economist beef (RM195) dan set modest beef (RM390).

Biarpun harganya agak mahal, tetapi memang berbaloi!

OPERASI : 

Dibuka setiap hari, kecuali Isnin.

Lunch: 12pm – 3pm

Dinner: 6pm – 11pm

Alamat: B1-1-7, Jalan Teknologi 2/1C, 47810 Petaling Jaya Selangor.

Status: Sijil halal Jakim (premis dan daging) dan pengusaha muslim.

Untuk tempahan, boleh mesej atau whatsapp ke +60102653690 atau hubungi 0361508814.

Sumber dan Foto: Wagyu Kokoro Halal Yakiniku

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!